Pages

Monday 28 March 2011

Kelas Home made Chocolate



At last, on the 23rd March 2011, I have the opportunity to attend that class in Desa Sentosa. Very-very satistified with they way we were thought..simple, practical and memorable.

I've tried at home last Sunday and my daughter love to have it...Will try again after Langkawi's trip this weekend...No more outside chocolate will entry my house except..my home made ONE...yahooooo

Wednesday 16 March 2011

Happy Moments Together.........


 
With my daughter at the hotel lobby
It was 11 years ago when I met you in Tokyo, Japan. We spent six months together right at the beginning of the day ...catched train to Chiba until night time during a dinner a TIC...
And last few days, Japan was hit by the tsunami...even we never experienced that during out stay
there, but small scale of earth quake was normal there

And now I'm happy to hear that you are married and have a happy life in Thailand....
May God bless you and your hubby.
I'm not sure when can we meet again but I believe we still have time to chat again like 11 years ago....

Tuesday 15 March 2011

Baju untuk Wedding Along


     Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan jahit manik pada baju untuk dipakai sempena perkahwinan Along Waida..bertemakan 'purple'. Walaupun tak seberapa aku amat puas dengan hasil kerja ini.
                   Menjahit manik memang menjadi kegilaan masa kini, cuma masa tidak begitu mengizinkan aku memenuhi hobi ini .  Ada banyak lagi baju yang nak dijahit..baju sempena kahwin Peh Chai masih belum diusik..bertemakan  'RED & WHITE' macam-macam anak-anak muda zaman sekarang

Tuesday 8 March 2011

Puteriku

Nakal, memang nakal but menggembirakan
Menangis pun kuat, merajuk apatah lagi


Semakin cerdik...............


Posing pun boleh tahan


Sunday 6 March 2011

Kawan-Kawan Lama


Berjumpa kawan-kawan lama adalah detik yang sangat indah, apatah lagi mereka merupakan kawan-kawan yang sama-sama belajar, tidur, bersukan dan berkongsi suka duka dalam kehidupan di asrama penuh.

Tinggal di asrama ni banyak kenangannya, dan merupakan perjalanan hidup yang amat indah....Walau bagaimanapun, aku tidaklah berhasrat untuk menghantar puteri tunggal ku ke asrama penuh..biarlah dia membesar di depan mataku apatah lagi kehidupan kita ini tidaklah panjang lagi.

Aku percaya, kejayaan ada di mana-mana, yang pentingnya usaha dan cita-cita.

Mereka semua ni dah jadi somebody...ada yang dah jadi usahawan, doktor, lawyer dan tidak kurang yang mencurah bakti sebagai pendidik bangsa

Insya Allah kita akan bertemu lagi

Wednesday 2 March 2011

BELATED BIRTHDAY


Tahun ini aku menyambut hari lahir yang ke 42. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus mensyukuri nikmat yang dilimpahkan di dunia ini. Nikmat yang tiada tolok bandingnya.  Buat anak-anak buah di pejabat, terima kasih kerana menerima aku seadanya sepanjang aku menjalankan tugas sebagai bos kalian. Walaupun kita masih bersama, tapi keadaan kita telah berbeza.  Perjalanan harus diteruskan demi agama, bangsa dan negara.

Buat Shedaar,

Terima kasih kerana menjadi PA yang terbaik buatku. Teruskan khidmat cemerlangmu walau siapa jua menjadi bos anda.

Kepada Yang Lain-Lain,

Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Tanpa kalian, apakah yang mampu saya buat dan laksanakan

Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga.