Pages

Monday 28 February 2011

ZOO Melaka

Anak ku paling suka tengok zirafah




Merpati dua sejoli

Posing kat Zoo
Menyorok pulak dia

Thursday 24 February 2011

My Hobby


Dalam Kesibukan Tugas.............

Antara koleksi yang dijahit.......

Buah Hati Pengarang Jantung

Simanja, Buah Hati Pengarang Jantung


Manjaumi, sentiasa dalam dakapan umi

Kenakalan mengubat rindu umi

Resipi Nasi Beriyani

NASI BERIYANI ASWAN
Nasi
1 kg beras beriyani
1 tin kecil minyak sapi
3 ulas bawang putih dikisar
1 cawan sayur campur
2 sudu besar bawang goreng
1 cawan kismis
Air ikut sukatan beras (1 tin/cawan beras bersamaan 1½ tin/cawan air)
½ tin susu cair
1 senduk minyak masak
3 ulas bawang merah dikisar
2 sudu besar pewarna kuning
1 biji bawang besar dihiris
2 tangkai daun sup

1.         Minyak sapi dan minyak dipanaskan
2.         Tumis bawang besar  dan bawang yang telah dikisar sehingga naik bau
3.         Masukkan susu cair biarkan mendidih
4.         Masuk air dan garam biarkan mendidih
5.         Masuk beras, kacau dan terus tutup periuk sehingga ¾ kering (masak)
6.         Tabur kismis, sayur campur, titik pewarna kuning , tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak
7.         kacau rata, tabor bawang goreng dan daun sup


LAUK
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
2 sudu besar (paras) serbuk jintan manis
1 sudu besar (paras) serbuk kunyit
½ tin susu cair buat tairu (perah dengan limau nipis 1 biji : biarkan semalaman)
1 susu besar (paras) jintan putih
1 cawan minyak
4 inci halia dikisar
10 batang cili hijau dikisar
2 sudu besar (bumbung) serbuk ketumbar
1 tin sedang tomato puree
Sedikit kacang peas

1.         Jintan manis, ketumbar, kunyit, jintan putih dibancuh dengan air buat pes
2.         Panaskan minyak, tumis bawang, halia dan pes sampai pecah minyak
3.         Masuk cili hijau dan kacau, biarkan hingga pecah minyak
4.         Masuk ayam, tairu, tomato puree dan garam, tutup periuk
5.         Bila sudah empuk masuk kacang peas, kacau dan tutup api

Wednesday 23 February 2011

Cameron Highlands Trip

tengah flip-flip album ternampak gambar ni...trip to Cameron Highlands in July, 2010. Spent time with family, brothers, sisters, nephews, nieces...those yang berkesempatan join this trip. The most valuable time is when you are with your family..they need you as much as you need them...

In this picture, there are three generations : Mak Sedara, Anak Sedara dan Cucu Sedara.............Spent your quality time for your family..they will there when you need them....

Sesungguhnya masa yang berlalu tidak akan dapat diulangi lagi, hargailah masa yang dipinjamkan Allah kepada kita, gunakan sebaiknya, penuhi seadanya.............

KENANGAN MENGUSIK JIWA


Walaupun telah 25 tahun meninggalkan bangku sekolah, aku masih berhubung dengan kawan-kawan. Banyak kenangan manis di bukit Mozac yang ditinggalkan setelah menghabiskan masa lima tahun di alam persekolahan di peringkat menengah (1982-1986).

Kenangan yang terlalu indah yang tidak terukir oleh kata-kata. Makan, tidur dan belajar bersama-sama banyak mengajar erti kehidupan, ketabahan, kesedihan dan kegembiraan. Bilakah kita akan bertemu lagi.........

Monday 21 February 2011

Beriyani Gam

Kantoi betul, minta nasi separuh tapi caj sama...satu penipuan terserlah..kalau ya pun nak untung jangan la buat customer macam ni../.tak berkat rezeki yang diterima..

Lain kali awal-awal bagilah tahu separuh ke..penuh ke...caj sama sahaja..ni tidak nak bayar baru cakap..Memang tidak beretika betul berniaga macam ni

Wednesday 16 February 2011

FIRST TIME

Baru pertama kali Umi Tiha nak cuba buat blog....excited