Salam Semua,
Sudah lama tak jengok blog ni..berabuk dah...busy banyak semenjak dapat promotion ni...Promotion comes with responsibility and new expectation... Hari ini hari terakhir bekerja sebelum bercuti hujung minggu dan cuti hari raya korban...Alhamdulillah masih dipanjang umur untuk terus menyedut udara di bumi Allah ini...Insya Allah seperti tahun-tahun yang lepas sudah pastinya aku anak beranak balik berhari raya..rumah Alin Pearlhaya sudah pastilah destinasi yang dituju...Tiha will happy to see Epan and Amni...Kepada yang pulang berhari raya berhati-hati di jalan raya....
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Thursday, 3 November 2011
Wednesday, 13 July 2011
Wedding Along
Along..congratulations on your wedding...
We pray for you happiness throughout your life together.
"Married" someone meaning that we are not marry him alone but the family as well.
Wedding is the combination of the two families become one....
It is also the combination of two hearts become one called "LOVE"
Cheer Your Life
Thursday, 26 May 2011
Tuesday, 24 May 2011
Gift For Normi
Ini dibuat khusus untuk Normi, geng masa kat UiTM...yang sekarang ni menetap di Bandar Baru Bangi. After 18 years..jumpa kembali
Wednesday, 11 May 2011
Tuesday, 12 April 2011
Oreo Choc - Barbie Version
Inilah Oreo Choc yang pertama dihasilkan...terima kasih kepada Nor Hidayah Janudin atas panduan yang diberikan. Anakku Fatihah amat menyukainya dan aku akan meneruskan dengan versi-versi lain
Sunday, 10 April 2011
Chocolate For Gifts
This are the chocolates that I made yesterday... using the skills I learnt with Dr Rahimah's class. Thanks Dr. for your guidance..and I'm happy coz after I made this chocs, my old friend Dr. Siti came to my house and I gave her "a trial"......
This box specially made to Siti Zakiah..hope you enjoy it 4 different tastes
Monday, 28 March 2011
Kelas Home made Chocolate
At last, on the 23rd March 2011, I have the opportunity to attend that class in Desa Sentosa. Very-very satistified with they way we were thought..simple, practical and memorable.
I've tried at home last Sunday and my daughter love to have it...Will try again after Langkawi's trip this weekend...No more outside chocolate will entry my house except..my home made ONE...yahooooo
Wednesday, 16 March 2011
Happy Moments Together.........
With my daughter at the hotel lobby |
It was 11 years ago when I met you in Tokyo, Japan. We spent six months together right at the beginning of the day ...catched train to Chiba until night time during a dinner a TIC...
And last few days, Japan was hit by the tsunami...even we never experienced that during out stay
there, but small scale of earth quake was normal there
And now I'm happy to hear that you are married and have a happy life in Thailand....
And last few days, Japan was hit by the tsunami...even we never experienced that during out stay
there, but small scale of earth quake was normal there
And now I'm happy to hear that you are married and have a happy life in Thailand....
May God bless you and your hubby.
I'm not sure when can we meet again but I believe we still have time to chat again like 11 years ago....
Tuesday, 15 March 2011
Baju untuk Wedding Along
Tuesday, 8 March 2011
Puteriku
![]() |
Nakal, memang nakal but menggembirakan |
![]() |
Menangis pun kuat, merajuk apatah lagi |
Semakin cerdik............... |
Sunday, 6 March 2011
Kawan-Kawan Lama
Berjumpa kawan-kawan lama adalah detik yang sangat indah, apatah lagi mereka merupakan kawan-kawan yang sama-sama belajar, tidur, bersukan dan berkongsi suka duka dalam kehidupan di asrama penuh.
Tinggal di asrama ni banyak kenangannya, dan merupakan perjalanan hidup yang amat indah....Walau bagaimanapun, aku tidaklah berhasrat untuk menghantar puteri tunggal ku ke asrama penuh..biarlah dia membesar di depan mataku apatah lagi kehidupan kita ini tidaklah panjang lagi.
Aku percaya, kejayaan ada di mana-mana, yang pentingnya usaha dan cita-cita.
Mereka semua ni dah jadi somebody...ada yang dah jadi usahawan, doktor, lawyer dan tidak kurang yang mencurah bakti sebagai pendidik bangsa
Insya Allah kita akan bertemu lagi
Wednesday, 2 March 2011
BELATED BIRTHDAY
Tahun ini aku menyambut hari lahir yang ke 42. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus mensyukuri nikmat yang dilimpahkan di dunia ini. Nikmat yang tiada tolok bandingnya. Buat anak-anak buah di pejabat, terima kasih kerana menerima aku seadanya sepanjang aku menjalankan tugas sebagai bos kalian. Walaupun kita masih bersama, tapi keadaan kita telah berbeza. Perjalanan harus diteruskan demi agama, bangsa dan negara.
Buat Shedaar,
Terima kasih kerana menjadi PA yang terbaik buatku. Teruskan khidmat cemerlangmu walau siapa jua menjadi bos anda.
Kepada Yang Lain-Lain,
Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Tanpa kalian, apakah yang mampu saya buat dan laksanakan
Sekali lagi terima kasih yang tak terhingga.
Monday, 28 February 2011
Thursday, 24 February 2011
Buah Hati Pengarang Jantung
![]() |
Simanja, Buah Hati Pengarang Jantung |
![]() |
Manjaumi, sentiasa dalam dakapan umi |
![]() |
Kenakalan mengubat rindu umi |
Resipi Nasi Beriyani
NASI BERIYANI ASWAN
Nasi
1 kg beras beriyani
1 tin kecil minyak sapi
3 ulas bawang putih dikisar
1 cawan sayur campur
2 sudu besar bawang goreng
1 cawan kismis
Air ikut sukatan beras (1 tin/cawan beras bersamaan 1½ tin/cawan air)
½ tin susu cair
1 senduk minyak masak
3 ulas bawang merah dikisar
2 sudu besar pewarna kuning
1 biji bawang besar dihiris
2 tangkai daun sup
1. Minyak sapi dan minyak dipanaskan
2. Tumis bawang besar dan bawang yang telah dikisar sehingga naik bau
3. Masukkan susu cair biarkan mendidih
4. Masuk air dan garam biarkan mendidih
5. Masuk beras, kacau dan terus tutup periuk sehingga ¾ kering (masak)
6. Tabur kismis, sayur campur, titik pewarna kuning , tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak
7. kacau rata, tabor bawang goreng dan daun sup
LAUK
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
2 sudu besar (paras) serbuk jintan manis
1 sudu besar (paras) serbuk kunyit
½ tin susu cair buat tairu (perah dengan limau nipis 1 biji : biarkan semalaman)
1 susu besar (paras) jintan putih
1 cawan minyak
4 inci halia dikisar
10 batang cili hijau dikisar
2 sudu besar (bumbung) serbuk ketumbar
1 tin sedang tomato puree
Sedikit kacang peas
1. Jintan manis, ketumbar, kunyit, jintan putih dibancuh dengan air buat pes
2. Panaskan minyak, tumis bawang, halia dan pes sampai pecah minyak
3. Masuk cili hijau dan kacau, biarkan hingga pecah minyak
4. Masuk ayam, tairu, tomato puree dan garam, tutup periuk
5. Bila sudah empuk masuk kacang peas, kacau dan tutup api
Wednesday, 23 February 2011
Cameron Highlands Trip
tengah flip-flip album ternampak gambar ni...trip to Cameron Highlands in July, 2010. Spent time with family, brothers, sisters, nephews, nieces...those yang berkesempatan join this trip. The most valuable time is when you are with your family..they need you as much as you need them...
In this picture, there are three generations : Mak Sedara, Anak Sedara dan Cucu Sedara.............Spent your quality time for your family..they will there when you need them....
Sesungguhnya masa yang berlalu tidak akan dapat diulangi lagi, hargailah masa yang dipinjamkan Allah kepada kita, gunakan sebaiknya, penuhi seadanya.............
In this picture, there are three generations : Mak Sedara, Anak Sedara dan Cucu Sedara.............Spent your quality time for your family..they will there when you need them....
Sesungguhnya masa yang berlalu tidak akan dapat diulangi lagi, hargailah masa yang dipinjamkan Allah kepada kita, gunakan sebaiknya, penuhi seadanya.............
KENANGAN MENGUSIK JIWA
Walaupun telah 25 tahun meninggalkan bangku sekolah, aku masih berhubung dengan kawan-kawan. Banyak kenangan manis di bukit Mozac yang ditinggalkan setelah menghabiskan masa lima tahun di alam persekolahan di peringkat menengah (1982-1986).
Kenangan yang terlalu indah yang tidak terukir oleh kata-kata. Makan, tidur dan belajar bersama-sama banyak mengajar erti kehidupan, ketabahan, kesedihan dan kegembiraan. Bilakah kita akan bertemu lagi.........
Monday, 21 February 2011
Beriyani Gam
Kantoi betul, minta nasi separuh tapi caj sama...satu penipuan terserlah..kalau ya pun nak untung jangan la buat customer macam ni../.tak berkat rezeki yang diterima..
Lain kali awal-awal bagilah tahu separuh ke..penuh ke...caj sama sahaja..ni tidak nak bayar baru cakap..Memang tidak beretika betul berniaga macam ni
Lain kali awal-awal bagilah tahu separuh ke..penuh ke...caj sama sahaja..ni tidak nak bayar baru cakap..Memang tidak beretika betul berniaga macam ni
Wednesday, 16 February 2011
FIRST TIME
Baru pertama kali Umi Tiha nak cuba buat blog....excited
Subscribe to:
Posts (Atom)